Tak de apa-apa sambutan pun. Memang kami tak praktik sambut hari2 pelik2 ni. Pada aku itu cuma satu propaganda untuk melariskan jualan barangan. Kalau tak sambut pun tak de apa-apa. Anak aku yang no 4 tu sibuk nak ajak abah dia pegi kedai beli hadiah untuk Mak. Aku memang tak agree.
Tapi anak2 aku macamanapun ada bagi kad buatan mereka sendiri. Aziq (no 4) buat kad kat sekolah, teacher ajar. Masa aku amik dia balik dari sekolah, tersorok-sorok barang belakang dia, kunun nak buat suprise. Aku pun buat2 suprise la bila dapat kad tu dari dia. I peluk dia dan cium dia dan ucapkan terima kasih. Aku dengan bangganya, terus letak kad tu kat dashboard kete. Dia pun seronok tengok Mak dia appreciate apa yang dia bagi.
Anak sulung aku pun tak mahu kalah. Dia buat satu kad siap dengan poem. Walau pun poem tu cam tak berapa make sense tapi aku tetap berbangga walaupun aku tak practice cakap omputeh kat umah, anak aku bleh buat poem yang cenggini :
Dear Mak,
You make me smile everyday
Even if you miles away
I have lots to say
But I don't have the spirits to say
I'm sorry I have let you be astray
You care a lot to me
You will never fade from me
You make me happy, you make me sad
But least of all, you will go mad
You make my probems go away
But now, I have nothing to say
Except for one of all kind
You will never go out from my mind
Pasal keje aku dah OK sket, sejak kes ari tu nampaknya boss aku dah tak kacau aku sangat lagik. Tapi aku tau dia sengaja nak cold storage aku supaya lama2 aku boring dan blah. Sori la, aku memang tak kan blah punya unless aku dapat keje baru yang best dang gaji lebih at least 40% dari sekarang. Aku rasa memang susah la nak dapat keje cam yang aku nak. Lagi pun target aku bukan nak keje baru tapi nak biz sendiri. So walau lama mana pun aku terpaksa tunggu untuk kumpul modal, aku akan bertahan kat opis aku sekarang. At least dekat dgn umah so malam2 aku tak penat travel so aku ada masa nak ber bisnes.
Ari tu aku dah carik webdesigner, aku nak upkan website aku. Aku rasa nak on aje la..duit tu nanti aku carik la mana2. RM2,500 untuk e-commerce website aku rasa OK la siap dengan training. Tapi aku malu la dengan keadaan PC aku yang buruk ni. Tapi biz punya pasal, aku buang la perasaan malu aku tu jauh2. Nak beli laptop/notebook tak mampu lagi. Ada sapa nak jual second hand?
Aku fikir kalau dah ada website tu kira cam dah ada kedai, so aku buleh le letak apa saja barang aku nak jual dalam tu. Dalam kepala otak aku ni macam2 barang aku nak jual. Nak cari customer tu je la satu hal...tapi orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Aku tulis blog ni pun sebenarnya nak bagi motivation kat diri aku sendiri, aku ni kadang boleh jadik pemalas giler. Mana ada duit turun dari langit kan..kena la usaha lebih sikit. Lagi pulak laki aku dah bagi green light dan 100% support so aku kena gunakan peluang aku ni sepenuhnya.
Emmm...membebel pulak la aku hari ni. Tu la dah lama tak memblog.....
Saturday, May 13, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)