Tuesday, June 29, 2010

KEHILANGAN.........

Sahabat baik ku dari zaman persekolahan di MRSM Kuantan kehilangan ayahnya baru2 ini. Sebak hati ku melihat wajahnya yg sendu, nampak benar kesedihannya. Dia anak lelaki bungsu, sangat rapat dengan aruah. Aku kehilangan kata-kata hanya berupaya senyum sambil menepuk bahunya.

Aku tak dapat membayangkan bagaimana rasanya kehilangan orang tersayang. Betul la apa orang kata; hargailah mereka sementara mereka masih ada. Kerana itulah, aku akan sentiasa cuba memenuhi hasrat mereka, sesusah mana pun untuk mendapatkannya. Pun begitu, aku bertuah kerana punya ibubapa yang memahami. Tidak pernah memaksa. Walau sesibuk mana pun aku; aku cuba untuk tidak lupa untuk membuat panggilan talipon; walau pun hanya untuk bertanya khabar.

Namun kadang2 aku terlupa dalam kesibukan kerja dan keluarga. Bila mak talipon tanya kenapa dah lama tak call; sungguh rasa bersalah. Padahal bukan susah nak dail talipon.Kadang2 kita take things for granted, Nanti bila dah tak ada; baru menyesal........

Monday, June 21, 2010

The story behind my post in FB

My company recently announced salary adjustment & increment to be paid in June.

With that, those that are sitting on higher job grade will get automatic salary upgrade backdated to 1/4/10 except for finance & legal.

Meaning - orang finance & legal will only get salary adjustment but not the salary upgrade.

In my case I am at salary grade E2 sitting on E3 position. Senang cakap senior executive memangku jawatan manager. Verbal appt was 1/7/09; official appt 1/10/09. Before the announcement - I was nominated for promotion wef 1/10/10. Maknanya salary upgrade will only happen wef 1/10/10 provided I pass the interview assessment. So memangku selama 15 bulan tanpa extra allowance or gaji.

After the announcement may be lagi teruk sebab finance staff has to finish all the skill group training before boleh dapat salary upgrade although they abolished the assessment. And this training bukan ada every month and subject to your boss's release/approval. Lucky me, I only have 2 more to go. Those yg tak buat lagi - has to go through 5. Which normally would be completed in 2 years. Dah le training budget kena cut - how in the hell are we suppose to complete all 5 within a year is beyond me.

So now, I don't know when will I get my manager's salary! Orang lain senang2 je naik; dah le keje pun senang.

Me and others in finance - keje teruk; nak naik payah. Now ramai orang finance nak keluar finance and buat benda lain. Tapi nak keluar pulak kena dapatkan your boss's clearance. So we are trapped!

Me? I have 5 exec and 22 non-exec reporting to me? Not worth it at all............

My mistake was to accept the company's offer of a lower post......

Sunday, June 20, 2010

HARI BAPA

Aku tak pernah celebrate hari bapa. Tapi tahun ini terasa untuk mengucapkan nya kepada suami tercinta. Terkenang kepada segala pengorbanannya selama ini. 16 tahun sudah usia perkahwinan kami. Berbagai dugaan telah kami hadapi. Kami bahagia.

Dialah sahabat, kekasih dan teman setia. Dialah pemandu, mekanik, juruelektrik, tukang cat, plumber, tukang kebun dan segala-gala yang DIY.

Semenjak dia ditugaskan jauh di negara pak arab, sungguh terasa ketiadaannya. Peralatan letrik pun bagaikan merajuk bila dia pergi. Satu-satu barang rosak.

Dia abah yg memanjakan anak-anaknya. Dia juga abah yg melayan anak-anaknya seperti kawan. Sungguhpun begitu, dia seorang bapa yang tegas dan berdisiplin.

Selamat Hari Bapa!

IBU TINGGAL

...itu lah status aku sekarang. Suami tersayang sekarang "posting" di Abu Dhabi. Terasa sungguh kehilangan. Tetapi kehadiran anak2 yang ceria dan banyak songeh, sedikit sebanyak menghilangkan rasa rindu yang terbuku. Suami lagi kesian, cuma da kawan2.

Nka masak sedap2 pun dah hilang mood sebab setiap kali masak teringat kat suami. Selalunya bila masak mesti fikir apa yg dia nak makan atau selalunya tanya dia "Abang nak makan apa hari ni?". Bila dia dah tak ada kat sini; buntu rasanya.

Walaupun berjauhan, setiap malam kami berhubung. Skype la penyambung kasih, sampai kehabisan idea nak bersembang. Iya la kan bila setiap malam bersembang sampai 1 jam; apa lagi yang nak diceritakan.

Sekian lama mendiamkan diri dari dunia blogging, bermacam2 peristiwa yang telah berlaku. Nanti la aku update yea.

Sunday, November 16, 2008

BIRTHDAY AKU............

Hari ni harijadi ku yang ke 41. Terasa diri ni dah tua walaupun hati muda...he he he. Dapat card dari suami dan anak2. Memang biasanya tak sambut pun. Dapat card pun dah happy sakan. Anak2 bagi hadiah novel. Diaorang tahu aku suka baca buku especially buku2 thriller...Cik Abang buat video khas untuk aku. Dah try upload ke facebook tapi tak berjaya. Nanti try lagi. Kalau nak tengok pi la kat facebook. User name - Aslinda Jamaen. Aku tak reti menyamar.........

Monday, January 21, 2008

RINDU.................

....nya aku nak blogging balik. Dah setahun aku tinggal dunia blogging aku dan dunia menjahit aku. Baru2 ni mood menjahit aku datang balik. Siap jugak la langsir satu rumah aku yg tak banyak tingkap ni.

Sekarang tangan dah gatal nak buat cross stitch balik. Aku punya silk ribbon embroidery (SRE) pun dah lama tak sentuh. Apa lagi aku punya tatting dan crochet.

Afif dapat 5A dalam UPSR dia baru-baru ni. Tapi tak dapat pun offer masuk mana2 SBP. Ni tengah tunggu MRSM pulak. Harap-harap sangkut la sebab dia nak sangat sekolah asrama. Aku tak kisah. Tapi kalau dapat bagus juga, kot2 boleh dia jadi lebih berdikari dan kurang sikit ke'blur'an dia tu. Jangan kena buli sudah la........

OK, aku nak masuk tidoq. Ada banyak cerita nak update tapi tunggu la yea!

Wednesday, November 08, 2006

SEKODENG

Aku selalu juga sekodeng blog orang. Agak2nya diaorang tau tak aku selalu baca diaorang nyer citer. Antara blog2 yang aku suka baca ialah Mak Andeh & Brood & Inilah Aku.

Aku tak taulah naper aku suka baca tapi banyak pengajaran la blogs diaorang ni especially blog Mak Andeh & Inilah Aku. Kepada owners blog tu aku mintak maaf le sebab selalu sekodeng.

Aku rasa bila baca blog diaorang ni membuatkan aku selalu bersyukur sebab family aku masih intact. Lagi satu aku kagum dengan semangat single mothers ni membesarkan anak2 mereka tanpa kehadiran seorang yang bernama suami. Kalau aku ditempat mereka entah la macamana aku cope agaknya. Financially aku mungkin tak der masaalah sangat tapi emotionally aku tak tau la.

Tu la aku berdoa sangat2 semoga perkahwinan aku tidak diuji sebegitu rupa dan semoga kebahagiaan rumah tangga aku ni kekal ke akhir hayat. Macamanapun aku mesti bersedia unuk sebarang kemungkinan, kalau Allah nak uji aku sekelip mata je buleh berlaku...semoga dijauhkan..Aminn.........

Friday, September 15, 2006

MEE KUAH 170

Aku dah gian buat cross stitch balik. Alhamdulillah, sebab aku ada banyak work-in-progesss (WIP) dalam tangan. Semalam Azie datang rumah. Seronok rasa dapat sembang dengan orang yang sama minat dan memahami. Kawan-kawan aku yang lain pun faham dengan minat aku yang satu ni. Hubby pun OK tapi tak leh le terlampau-lampau; merajuk dia nanti.

Semalam hari kerja yang produktif. Sejak aku perang dingin dengan boss aku; dia tak mau bercakap dengan aku lagi. Which is fine by me; sebab lagi dia tak bercakap dengan aku; lagi banyak keja aku boleh beres. Kalu tak sekejap2 terjerit2 Linda! Linda!..macam kuli batak aku dibuatnya. Sampai nak scan benda pun suruh aku.

Ain demam & selsema semalam. Jadik tenghari semalam aku call clinic mintak dia standby ubat untuk aku amik masa lunch on the way lepas amik Aziq. Kami dah lama dengan GP ni; senang kalau ada emergency cam tu. Aku tak sempat nak bawak Ain siang semalam sebab sejak boss aku buat hal dengan aku; aku dah malas nak mintak time off ke apa ke. Tapi tepat jam 5.30pm aku mesti blah dari opis. kalau dulu aku rajin stayback tapi sekarang, mintak maaf la. Kalau dia berkira sangat tang masa aku terbuang baca e-mails; maka aku akan berkira balik la masa yang aku stay back to make up the time I lost for reading those e-mails.

Malam aku masak lauk simple; sambal tumis udang, sardin goreng dan ulam kacang botol. Aku memang bernasib baik sebab hubby tak cerewet bab makan. Apa yang aku hidangkan semua dia sapu tapi ada ler kriteria2 lauk yang dia suka. aku pun tak la masak sembrono je. Ini aku bagi resepi mee kuah special; my own recipe - favourite huby & anak2 :

MEE KUAH 170

3 biji keledek (yang warna putih atau oren; ungu tak mo) - di rebus sampai lembut & blend sampai halus dgn air rebusan tulang
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia & sedikit buah keras (cili kering buang biji & rebus dulu)
Udang di rebus & lepas tu buang kulit (air rebusan jangan buang - simpan untuk kuah)
1 kg tulang lembu di rebus sampai empuk (air rebusan guna untuk kisar keledek rebus tadi) - kalau nak sedap masa rebus bubuh ler serai & halia sket
Sos tiram
Sos tomato

Bahan2 tambahan
Telur direbus (suka hati la berapa biji nak)
Sawi (dipotong & celur)
Taugeh (celur)
Tahu (goreng & hiris)
2 bungkus Mee kuning (dicelur)
bawang goreng


Cara masak kuah
Tumis le campuran cili kisar tadik (kat rumah aku memang ada standby cili paste ni) sampai naik minyak. Lepas tu bubuh gula dalam 3 sudu teh. Sambung menumis sampai warna cili tu jadi merah pekat. Masukkan sos tiram & soso tomato (dalam 2 sudu besar dua2 tu). Kalau tak cukup modify nanti. kacau sampai naik bau. Lepas tu masukkan le blended keledek; air rebusan udang & tulang. Biar kan mendidih & tambah garam. Rasaler masam, manis & masin ikut sesedap rasa.

Makan bersama mee; & bahan2 tambahan & udang rebus tadik.

Sedapp........

P/S - kalau tak der tulang daging pun buleh. Rebus daging (kalau nak sedap campur dengan daging tetel). Kalau buleh daging ni biar potongan besar2. Bila dah lembut toskan & hiris2 daging tu untuk bahan tambahan. Daging tetel biar dalam kuah.

Itu sahaja resepi untuk hari ini. Nanti kalau aku rajin aku tulis lagi resepi2 special aku.