Tuesday, June 29, 2010

KEHILANGAN.........

Sahabat baik ku dari zaman persekolahan di MRSM Kuantan kehilangan ayahnya baru2 ini. Sebak hati ku melihat wajahnya yg sendu, nampak benar kesedihannya. Dia anak lelaki bungsu, sangat rapat dengan aruah. Aku kehilangan kata-kata hanya berupaya senyum sambil menepuk bahunya.

Aku tak dapat membayangkan bagaimana rasanya kehilangan orang tersayang. Betul la apa orang kata; hargailah mereka sementara mereka masih ada. Kerana itulah, aku akan sentiasa cuba memenuhi hasrat mereka, sesusah mana pun untuk mendapatkannya. Pun begitu, aku bertuah kerana punya ibubapa yang memahami. Tidak pernah memaksa. Walau sesibuk mana pun aku; aku cuba untuk tidak lupa untuk membuat panggilan talipon; walau pun hanya untuk bertanya khabar.

Namun kadang2 aku terlupa dalam kesibukan kerja dan keluarga. Bila mak talipon tanya kenapa dah lama tak call; sungguh rasa bersalah. Padahal bukan susah nak dail talipon.Kadang2 kita take things for granted, Nanti bila dah tak ada; baru menyesal........

0 comments: