Friday, September 15, 2006

MEE KUAH 170

Aku dah gian buat cross stitch balik. Alhamdulillah, sebab aku ada banyak work-in-progesss (WIP) dalam tangan. Semalam Azie datang rumah. Seronok rasa dapat sembang dengan orang yang sama minat dan memahami. Kawan-kawan aku yang lain pun faham dengan minat aku yang satu ni. Hubby pun OK tapi tak leh le terlampau-lampau; merajuk dia nanti.

Semalam hari kerja yang produktif. Sejak aku perang dingin dengan boss aku; dia tak mau bercakap dengan aku lagi. Which is fine by me; sebab lagi dia tak bercakap dengan aku; lagi banyak keja aku boleh beres. Kalu tak sekejap2 terjerit2 Linda! Linda!..macam kuli batak aku dibuatnya. Sampai nak scan benda pun suruh aku.

Ain demam & selsema semalam. Jadik tenghari semalam aku call clinic mintak dia standby ubat untuk aku amik masa lunch on the way lepas amik Aziq. Kami dah lama dengan GP ni; senang kalau ada emergency cam tu. Aku tak sempat nak bawak Ain siang semalam sebab sejak boss aku buat hal dengan aku; aku dah malas nak mintak time off ke apa ke. Tapi tepat jam 5.30pm aku mesti blah dari opis. kalau dulu aku rajin stayback tapi sekarang, mintak maaf la. Kalau dia berkira sangat tang masa aku terbuang baca e-mails; maka aku akan berkira balik la masa yang aku stay back to make up the time I lost for reading those e-mails.

Malam aku masak lauk simple; sambal tumis udang, sardin goreng dan ulam kacang botol. Aku memang bernasib baik sebab hubby tak cerewet bab makan. Apa yang aku hidangkan semua dia sapu tapi ada ler kriteria2 lauk yang dia suka. aku pun tak la masak sembrono je. Ini aku bagi resepi mee kuah special; my own recipe - favourite huby & anak2 :

MEE KUAH 170

3 biji keledek (yang warna putih atau oren; ungu tak mo) - di rebus sampai lembut & blend sampai halus dgn air rebusan tulang
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia & sedikit buah keras (cili kering buang biji & rebus dulu)
Udang di rebus & lepas tu buang kulit (air rebusan jangan buang - simpan untuk kuah)
1 kg tulang lembu di rebus sampai empuk (air rebusan guna untuk kisar keledek rebus tadi) - kalau nak sedap masa rebus bubuh ler serai & halia sket
Sos tiram
Sos tomato

Bahan2 tambahan
Telur direbus (suka hati la berapa biji nak)
Sawi (dipotong & celur)
Taugeh (celur)
Tahu (goreng & hiris)
2 bungkus Mee kuning (dicelur)
bawang goreng


Cara masak kuah
Tumis le campuran cili kisar tadik (kat rumah aku memang ada standby cili paste ni) sampai naik minyak. Lepas tu bubuh gula dalam 3 sudu teh. Sambung menumis sampai warna cili tu jadi merah pekat. Masukkan sos tiram & soso tomato (dalam 2 sudu besar dua2 tu). Kalau tak cukup modify nanti. kacau sampai naik bau. Lepas tu masukkan le blended keledek; air rebusan udang & tulang. Biar kan mendidih & tambah garam. Rasaler masam, manis & masin ikut sesedap rasa.

Makan bersama mee; & bahan2 tambahan & udang rebus tadik.

Sedapp........

P/S - kalau tak der tulang daging pun buleh. Rebus daging (kalau nak sedap campur dengan daging tetel). Kalau buleh daging ni biar potongan besar2. Bila dah lembut toskan & hiris2 daging tu untuk bahan tambahan. Daging tetel biar dalam kuah.

Itu sahaja resepi untuk hari ini. Nanti kalau aku rajin aku tulis lagi resepi2 special aku.

Tuesday, September 12, 2006

Dah lama sungguh aku tak update blog aku yang satu nih. Dalam hati memang nak update selalu. dah tulis pun entry dan save dalam thumbdrive tapi malas betul nak upload ke blog, sampai dah basi cerita tu.

Entahlah sejak akhir-akhir ni aku rasa betul2 down. Malas semacam. kalau dah sampai rumah tu rasa macam nak rehat je. nak layan kerenah anak2 pun tak ada mood. Kesian anak2 aku, kesian hubby aku.Aku rasa ini semua bermula dari perasaan tertekan kat pejabat, masaalah kewangan pun iya juga. Nak kata gaji aku tak banyak, rasanya banyak daripada average. Tapi masih tak cukup. Hutang rumah, hutang kereta dan yang paling parah hutang credit card. Dah langsai pun buleh berganda balik. memang aku nekad, kali ni kalau aku langsaikan CC aku, aku mesti buang semua card aku tu. Aku cuma nak pegang satu untuk emergency; tu pun aku kena sorok kat mana2 atau kasi laki aku pegang. Dia lebih berdisiplin dari segi kewangan nih.

Ada orang tanya kenapa aku risau pasal duit, kan hubby ada. Aku ni jenis orang yang independant sejak dari dulu lagi. Aku rasa rimas kalau nak kena bergantung dengan orang lain. Aku kena tau yang aku buleh berdikari. Memang hubby banyak membantu. Aku tak nafikan tugas dia sebagai ketua rumah tangga. tapi bab-bab kewangan ni, aku lebih suka guna duit sendiri. Tu la yang banyak utang credit card. Sendiri cari pasal, sendiri kena solve la.

Kat opis pulak, tak habis-habis problem dengan boss aku. Sampai kadang-kadang aku rasa, bodoh sangat ke aku ni sampai selalu kena marah macam budak kecik. Aku memang tak puas hati dengan boss aku tu; aku ni professional, tak boleh ker dia treat aku professionally. Kalau aku buat salah, duduk semeja dan discuss the root of the problem. Ni tidak, dia main belasah aja. Konon2 sebab dia bayar gaji aku banyak; dia nak bagi aku kerja banyak. Aku tak kisah kerja banyak, tapi padan2 ler dengan aku nyer kelayakan dan pengalaman. Pas tu aku punya working hours pun sama dengan orang lain. Takkan gaji aku lebih, aku kena kerja 12 jam sehari. Orang lain lenggang kangkung balik pukul 5.30pm? Aku tak kisah kena kerja lebih masa tapi berpatutan lah; bukan dengan sengaja nak bagi aku kerja banyak supaya aku tak balik awal. Kerja bodoh pulak tu. Bengang betul.

Hubby
Kawan2 aku kata aku orang paling beruntung sebab hubby aku sporting. Yang dia orang tak tau berapa lama masa aku ambik nak ubah dia jadik sporting. Tu pun kadang2 kena marah jugak. Hubby orang yang perfectionist, sedangkan aku orang yang sambil lewa. Aku happy go lucky; anything can do. Aku boleh pakai t-shirt dan jeans lusuh gi jalan2. Hubby tak buleh. Walaupun tak dress up gila2 tapi kena kemas & tak serabai. Aku buleh hidup dengan rumah bersepah. Hubby tak boleh. Dia sanggup mengemas rumah, kalau rumah berselerak. Aku buleh gi jalan-jalan dengan duit RM10 dalam poket. Hubby tak boleh; kena ada RM100-300 baru dia buleh. Tu pun kalau takat gi area around KL. Aku boleh pakai baju renyot-renyot tak bergosok. Hubby tak boleh; lagi pulak kemeja & seluar; mesti "side" satu line, kalau 2-3 kenalah gosok bagi betul. Tapi tu dulu; sejak2 ni aku perasan dia dah tak particular sangat hal-hal macam ni. tapi yang paling aku takut sekali; kalau aku tercalarkan kereta aku. Ada sekali aku eksiden; bukan aku yang dia tanya Ok ke tak; kereta yang dia tanya. Bengang betul aku. Tapi yea lah kan kalau dah 90% of the time aku yang pakai kerete; dah tentulah 90% la aku nyer chances utk eksiden lebih tinggi dari dia. Tapi biasala; aku jugak yang salah. tak kisah la tu kan; adat suami isteri. Orang kata opposite attracts - memang betul dalam kes aku ni. Memang totally opposite but I love him all the same. Macamana pun dia; dia aku dah pilih jadi suami aku. So aku kena la terima dia seadanya. Mudah-mudahan jodoh kami berpanjangan hingga hujung nyawa and beyond. Aminn.

Anak2
Aku ada cerita pasal anak aku dalam blog ni tak lama dulu kan? 4 orang anak dengan 4 perangai. Kekadang letih nak melayan tapi sapa lagi nak layan kalau tak aku. Dah aku mak dia orang kena la layan jugak.

Anak no 1 - Afif
Anak yang mudah menurut kata walaupun selalu buat muka sadin bila tak dapat apa yang dia hendak. Tahun depan UPSR; aku rasa dia boleh berjaya. Mudah-mudahan tapi satu masaalah dia; dia no "overconfident". Tu yang dia selalu buat "silly" mistakes. Lagi satu, dia ni blur ya amat. Macam aku jugak. Kadang2 aku rasa macam dia ni ada dia punya own world dalam minda dia sebab selalu sangat dalam keadaan berangan2. Entah apa yang bermain dalam kepala dia; sampai kekadang aku panggil 3-4 kali pun dia tak perasan.Dia seorang yang berani tapi kekadang tak kena tempat tu yang aku selalu takut nak lepas dia pergi mana2.

Anak no 2 - Shadan
Anak yang happy go lucky tapi kuat menjawab. Baru2 ni dia sudah tipu aku. Hari2 bila aku amik dia orang balik sekolah; aku mesti tanya. "Ada homework tak?" Dia dengan selamba menjawab; ada sikit matematik aja. Tapi Jumaat lepas; Afif bagitau,

cikgu Shadan pesan kat Mak; dia kata Shadan tak buat kerja rumah

Laa...rupa-rupanya punyalah banyak kerja rumah Bahasa Melayu dia tak buat. Sampai aku lost count berapa page. Tapi aku pelik jugak kenapa baru2 ni aja cikgu dia highlight? Padahal kerja rumah tu dah lama dah? Adakah sebab cikgu tak semak buku kerja Shadan. Semalam baru terhegeh2 nak siapkan kerja rumah. Apa lagi kena lempang ler dengan Abah dia. Kesian jugak aku tengok tapi aku diamkan aja la dah salah dia. Tapi pagi ni dia dah lupa dah lempangan Abah dia tu. Happy je gi sekolah.

Anak no 3 - Aziq
Anak yang kuat nangis. masa aku ngandungkan dia ni memang aku kememeh. Tak sangka turun kat dia. Tak buleh ada benda yang tak kena; dia akan terus meraung. Tension..tension...ada sekali aku dah tak kuasa nak layan, aku biarkan aja. Bibik nak pujuk pun aku tak bagi, bibik pulak yang aku marah sebab sibuk nak pujuk dia. Sampai tersedu-sedu dia nangis. Tahan telinga aja la. Last2 tertidur sebab penat nangis. Ada sekali tu pulak; aku dah tak tahan dia buat perangai. Aku angkat dia letak dalam bilik air; tutup lampu & kunci dari luar. Terjerit2 dia tapi aku buat derk aja. Sampai dia janji nak berenti nangis baru aku buka pintu. Agaknya kalau kat kampung, mau aku ikat dia kat pokok dan letak kerengge. Kejam ke aku?

Anak no 4 - Ain
Anak yang manja sebab dia yang paling kecik dan sorang je pompuan. Bukan ke budak pompuan memang manja? Tapi buas jugak macam abang2 dia. Ni pun suka merengek; tau le budak perempuan. Kalau tak dapat apa yang dia nak; merengek. Sebab dia tau nanti abang2 dia mengalah. Dia ni suka menyanyi; kekadang kelakar dengar sebab ntah apa2 dia sebut; asalkan bunyi dia lebihkurang sama dengan lagu asal. Sekarang dia dah tak minum susu botol sejak abah dia marah. Dia memang takut betul kalau abah dia marah. Dia ni anak abah.

CITER INCREMENT

Ni pun cerita lama aku tulis (taip) pada 06.07.2006

Aku dalam mood untuk menulis hari ini. Aku bengang sebab dapat kenaikan gaji sikit. Sikit dalam bentuk peratusan berbanding orang lain dalam syarikat aku. Aku tak tau kenapa tapi bila aku tanya boss aku dia kata sebab GM tak suka aku. memang kenyataan sebab orang2 yang GM tak suka memang dapat sikit. Tapi satu cerita lagi sebab boss aku tak fight untuk anak2 buah dia sebab sorang lagi dalam department aku pun dapat teruk. Ntahlah, tapi sepanjang pengalaman aku kat sini selama 5 tahun, memang aku tengok boss aku tu yes man, semuanya OK jek tapi kat belakang kutuk gila b***i. Dah la boss aku bagi alasan macam tu, dia siap mention lagi yang aku punya gaji dah nak capai siling. Apa salahnya naikkan pangkat aku, dah 5 tahun keje tak kan tak buleh kot? Kalau aku ni jenis tak buat keje tu lain la. Ni aku la yang selalu teman dia stay back bila buat closing. Sedih pun ada sebab usaha ku selama ini tak dihargai. Lantak le...aku dah malas nak fikir, selagi buleh keje, aku keje janji ujung bulan dapat gaji. Tak yah nak keje rajin2 sangat lagi. Janji keje siap cukup.

BOSANNN..............

Citer ni aku tulis pada 29.06.2006 tapi aku tak upload -upload sampai la ari ni

Aku tak tau kenapa aku sekarang ni rasa bosan giler. Bosan yang teramat sangat. Macam orang sakit jiwa. 2 hari lepas aku gi jumpa doctor.Aku cuma nak ambik MC sebab aku malas nak pegi keje. Lagi pulak kawan akau ajak aku gi jalan2 kek kedai favourite aku. Aku kelentong doc kata aku pening2 lagi macam dulu. Aku mintak dia check aku nyer blood presure. masih rendah kata dia. Aku tanya kenapa? Dia kata tak de apa-apa, aku kena minum glucose selalu sikit. Lepas tu dia timbang berat aku, emmm naik lagi kata dia. Aku ni dah tahap overweight sangat, kena start exercise. Malasnya aku. Dia soh aku join gym, at least ada trainer, so aku akan bersemangat sikit. Ntah la..aku dah pokai kebelakangan ni. Aku baru dpat gaji semalam, tapi duit aku dah nak abis.. Agaknya tak berkat rezeki aku ni sebab aku selalu lupa nak bersyukur. Aku insan yang lemah, mudah tergoda dengan benda-benda duniawi. Tu sebab aku pokai, suka sangat berbelanja macam orang kaya. Walaupun aku tak lah selalu beli barangan branded atau shopping sakan tapi hobi aku yang satu ni memang tinggi kos nya. bayangkan satu majalah je dah dalam RM30. Kadang-kdang aku beli sampai 3-4 buah satu bulan. Tapi aku justify balik, tu kira duit lunch aku sebab aku tak gi lunch kat kedai. Aku balik umah , makan apa yang ada. Kalau satu hari makan kat luar dalam RM6, so sebulan aku save dalam RM120. OK la tu kan...

Adakah perasaan bosan aku ni sebab aku dah tak de mood keje kat opis aku sekarang? Aku rasa itu cuma alasan aku. Aku rasa malas sangat, malas yang teramat sangat. Kalau boleh aku nak duduk umah baca buku2 aku tu semua. Aku tak nak buat apa-apa. Aku nak melangut tengok TV ke CD ke atau gi jalan-jalan window shopping. Gi jalan-jalan makan angin ke, relax & enjoy jek. Tu la orang kata, hidup tak selalu nya indah , hati jangan selalu gundah. Tapi aku rasa gundah gulana sekarang ni. Mungkin dah tiba masanya untuk aku muhasabah diri aku ni. Aku nak kena dekat kan diri dengan Allah swt balik. Mungkin aku akan rasa tenang kalau aku banyak beribadat, baca Quran, solat sunat semua tu.

Mata aku pulak kebelakangan ini rasa tak selesa sangat. Sejak lepas operate hari tu aku nyer vision memang dah jadik tak betul. nampak suram jek segala-galanya walaupun kat luar tu terang benderang.Kalau aku tutup mata aku sebelah kanan, aku nampak terang & ceria kat luar tu. Kalau aku guna kedua-dua mata aku, dah la nampak suram, vision aku tak sharp macam dulu walaupun aku pakai spek.

Tiap kali aku jumpa doc untuk folow-up test, aku cerita masaalah aku. Tapi dia kata memang cam tu, nasib baik mata kau tu dapat diselamatkan. Kalau tak buta sebelah, lagi teruk.So aku patut bersyukur yang aku masih dapat melihat walaupun dalam keadaan yang tak normal. Alhamdulillah...