Tuesday, June 29, 2010

KEHILANGAN.........

Sahabat baik ku dari zaman persekolahan di MRSM Kuantan kehilangan ayahnya baru2 ini. Sebak hati ku melihat wajahnya yg sendu, nampak benar kesedihannya. Dia anak lelaki bungsu, sangat rapat dengan aruah. Aku kehilangan kata-kata hanya berupaya senyum sambil menepuk bahunya.

Aku tak dapat membayangkan bagaimana rasanya kehilangan orang tersayang. Betul la apa orang kata; hargailah mereka sementara mereka masih ada. Kerana itulah, aku akan sentiasa cuba memenuhi hasrat mereka, sesusah mana pun untuk mendapatkannya. Pun begitu, aku bertuah kerana punya ibubapa yang memahami. Tidak pernah memaksa. Walau sesibuk mana pun aku; aku cuba untuk tidak lupa untuk membuat panggilan talipon; walau pun hanya untuk bertanya khabar.

Namun kadang2 aku terlupa dalam kesibukan kerja dan keluarga. Bila mak talipon tanya kenapa dah lama tak call; sungguh rasa bersalah. Padahal bukan susah nak dail talipon.Kadang2 kita take things for granted, Nanti bila dah tak ada; baru menyesal........

Monday, June 21, 2010

The story behind my post in FB

My company recently announced salary adjustment & increment to be paid in June.

With that, those that are sitting on higher job grade will get automatic salary upgrade backdated to 1/4/10 except for finance & legal.

Meaning - orang finance & legal will only get salary adjustment but not the salary upgrade.

In my case I am at salary grade E2 sitting on E3 position. Senang cakap senior executive memangku jawatan manager. Verbal appt was 1/7/09; official appt 1/10/09. Before the announcement - I was nominated for promotion wef 1/10/10. Maknanya salary upgrade will only happen wef 1/10/10 provided I pass the interview assessment. So memangku selama 15 bulan tanpa extra allowance or gaji.

After the announcement may be lagi teruk sebab finance staff has to finish all the skill group training before boleh dapat salary upgrade although they abolished the assessment. And this training bukan ada every month and subject to your boss's release/approval. Lucky me, I only have 2 more to go. Those yg tak buat lagi - has to go through 5. Which normally would be completed in 2 years. Dah le training budget kena cut - how in the hell are we suppose to complete all 5 within a year is beyond me.

So now, I don't know when will I get my manager's salary! Orang lain senang2 je naik; dah le keje pun senang.

Me and others in finance - keje teruk; nak naik payah. Now ramai orang finance nak keluar finance and buat benda lain. Tapi nak keluar pulak kena dapatkan your boss's clearance. So we are trapped!

Me? I have 5 exec and 22 non-exec reporting to me? Not worth it at all............

My mistake was to accept the company's offer of a lower post......

Sunday, June 20, 2010

HARI BAPA

Aku tak pernah celebrate hari bapa. Tapi tahun ini terasa untuk mengucapkan nya kepada suami tercinta. Terkenang kepada segala pengorbanannya selama ini. 16 tahun sudah usia perkahwinan kami. Berbagai dugaan telah kami hadapi. Kami bahagia.

Dialah sahabat, kekasih dan teman setia. Dialah pemandu, mekanik, juruelektrik, tukang cat, plumber, tukang kebun dan segala-gala yang DIY.

Semenjak dia ditugaskan jauh di negara pak arab, sungguh terasa ketiadaannya. Peralatan letrik pun bagaikan merajuk bila dia pergi. Satu-satu barang rosak.

Dia abah yg memanjakan anak-anaknya. Dia juga abah yg melayan anak-anaknya seperti kawan. Sungguhpun begitu, dia seorang bapa yang tegas dan berdisiplin.

Selamat Hari Bapa!

IBU TINGGAL

...itu lah status aku sekarang. Suami tersayang sekarang "posting" di Abu Dhabi. Terasa sungguh kehilangan. Tetapi kehadiran anak2 yang ceria dan banyak songeh, sedikit sebanyak menghilangkan rasa rindu yang terbuku. Suami lagi kesian, cuma da kawan2.

Nka masak sedap2 pun dah hilang mood sebab setiap kali masak teringat kat suami. Selalunya bila masak mesti fikir apa yg dia nak makan atau selalunya tanya dia "Abang nak makan apa hari ni?". Bila dia dah tak ada kat sini; buntu rasanya.

Walaupun berjauhan, setiap malam kami berhubung. Skype la penyambung kasih, sampai kehabisan idea nak bersembang. Iya la kan bila setiap malam bersembang sampai 1 jam; apa lagi yang nak diceritakan.

Sekian lama mendiamkan diri dari dunia blogging, bermacam2 peristiwa yang telah berlaku. Nanti la aku update yea.